Israel tawan kubu strategik di selatan Lubnan - Utusan Malaysia

Israel tawan kubu strategik di selatan Lubnan

ASAP berkepul selepas serangan udara Israel ke atas kampung Arnoun, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TYRE: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata pada Ahad bahawa tenteranya telah menawan kubu zaman pertengahan strategik Beaufort di selatan Lubnan, ketika rejim Zionis  itu memperluaskan operasi darat terhadap Hizbollah yang disokong Iran.

“Empat puluh empat tahun selepas Pertempuran Beaufort.

“Pada hari ini (semalam) yang memperingati askar-askar yang terkorban dalam Perang Lubnan Pertama (1982), pasukan kami telah kembali ke puncak Beaufort dan sekali lagi mengibarkan bendera Israel di sana,” kata Katz menerusi saluran Telegramnya.

Sebelum itu, tentera Israel berkata bahawa pasukannya mara ke Lubnan sebagai sebahagian daripada perluasan operasi darat bagi mengukuhkan kedudukan ketenteraan di selatan negara itu, di mana mereka sedang bertempur dengan Hibollah yang disokong Iran.

Kemaraan ke selatan Lubnan itu adalah buat pertama kali sejak 2006 dan dilihat bersedia untuk mengepung bandar utama Nabatieh.

Gencatan senjata bagi menghentikan pertempuran antara Israel dan Hizbollah yang disokong Iran secara rasmi mula berkuat kuasa pada 17 April, namun tidak pernah dipatuhi.

Lubnan terheret ke dalam perang di Asia Barat apabila Hizbollah mula melancarkan roket ke arah Israel pada 2 Mac sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Sumber tentera kanan Beirut mengesahkan kepada agensi berita Anadolu bahawa pasukan Israel telah menceroboh dan merentasi Sungai Litani, iaitu laluan yang sebelum ini diisytiharkan oleh Israel sebagai sempadan zon penampan tidak rasmi mereka.

Segala persetujuan yang dicapai sebelum ini semakin rapuh selepas tentera Israel dilaporkan telah mara melepasi Sungai Litani di selatan Lebanon buat kali pertama sejak 2006, sehingga bersiap sedia untuk mengepung bandar strategik, Nabatieh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN