Umat Islam baru-baru ini dikejutkan dengan skandal kartel daging import yang mencabar sensitiviti dan tembok keyakinan terhadap logo halal. Kerancakan respons daripada pengguna Islam terhadap isu tersebut menggambarkan mereka kini mempunyai tahap kesedaran halal yang semakin meningkat. Kemungkinan halal illiteracy turut menjunam pada ketika isu ini mula menjentik persada industri halal negara. Namun, di suatu dimensi lain, perkara yang membimbangkan ialah ukuran kefahaman dan literasi halal dalam kalangan penggiat industri…










