Berbaloikah UMNO tinggalkan Bersatu? - Utusan Malaysia

Berbaloikah UMNO tinggalkan Bersatu?

UMNO dilihat perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain seperti Bersatu dan Pas jika mahu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARIPADA maklum balas sebahagian besar 191 bahagian UMNO yang bersidang selama tiga hari hingga semalam, 3 Januari, rumusannya – menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bacaan ini lebih kurang sama disebut presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, 137/191 bahagian putuskan sedemikian rupa.

Malam tadi, seorang rakan politik PM (private message) Tepi saya.

Bicaranya begini: “UMNO berminat atau tak ni untuk lihat kuasa Melayu muncul dalam panorama politik tanah air? Kalau tak, ia seperti ingkar kepada hakikat agama dan kebangsaan. UMNO jangan ingat dia kuat sangat sebab luka besar tempoh hari pasal rasuah masih ada, dengan proses undang-undang itu masih berjalan.

“Susulan dari itu, UMNO harus ingat dia tidak boleh menang jika bersendiri.

Tapi kena bersahabat dengan orang-orang yang ada iltizam dan potensi besar. Apatah lagi Melayu 67 peratus lebih kurang bilangannya dengan bukan bumiputera. Kalau tengok 38 kerusi kemerosotan UMNO, agak pelik dia tak minat bersatu dengan parti Melayu. Manisan dari berada dalam tempurung, kini duduk di bawah Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin telah beri manfaat. Ini bukan sekadar buah politik semata-mata.

“Cuba kira berapa menteri dan timbalan menteri UMNO sekarang dalam kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

“Saya bacakan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan – Menteri Pertahanan; Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan); Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi).

“Juga ada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar) dan Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Dua orang lagi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) manakala Datuk Seri Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan.

“Ahli Parlimen UMNO dilantik timbalan menteri pula antaranya Datin Mastura Yazid di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said pula Timbalan Menteri Dalam Negeri I, sementara Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia). Dua lagi, boleh google.

“Sudah dapat layanan mesra daripada presiden Bersatu, apakah UMNO tak kenang budi.

“Memanglah betul dapat betis, kemudian paha…dapat Perak dan Johor sehinggakan Bersatu pun sudah hilang negeri-negerinya. Namun, itu belum lagi menunjukkan kekuatan UMNO yang muktamad.

“Harus kemungkinan Tok Mat Hasan (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) fikirkan hal ini, bahkan diharap jadi pemikir. Jika tidak, UMNO akan kecundang kali kedua (PRU-15).

“Ya! Bersatu taklah kuat sangat tapi rakyat tahu Muhyiddin ada pertimbangan cukup baik dan masyarakat seluruhnya tahu ini semua melalui kelulusan Belanjawan 2021. UMNO naik tocang sebab Bersatu lemah di bawah (kurang akar umbi).

“Sebaliknya juga Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ada peluang dalam pilihan raya umum kali ini. Dia kelangsungan.

“Rebut merebut kerusi antara UMNO, Pas serta Bersatu mesti diberi formula yang mudah. Perlu dua, tiga kali draf. Sejak 50 tahun lalu pun soal menentukan kerusi (pilihan raya) ini bukan mudah. Ia boleh diatasi jika iltizam ada untuk wujudkan politik Melayu yang harmoni. UMNO sudah lupakah pada perlembagaan partinya? Tak ambil kisah lagi dengan budayanya?”

Itu kata rakan politik tadi. Ahli-ahli UMNO boleh renung-renungkan PM Tepinya kepada saya.

 

Pas tidak mahu UMNO dominan

Dikatakan punca utama akar umbi UMNO menolak Bersatu berkisar soal pengagihan kerusi PRU-15. Difahamkan, daripada sekurang-kurangnya 128 kerusi Parlimen berteraskan Melayu, UMNO

cuma diberikan 43 kerusi; Pas, 30 manakala Bersatu, 55.
Dalam banyak-banyak mesej WhatsApp serta emel diterima PM Tepi antara bunyinya lebih kurang begini:

“Bersatu hanya ada kuasa eksekutif. Bersatu bukanlah ancaman pada Pas di negeri-negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Lawan sebenar dan saingan Pas paling kuat ialah UMNO. Adalah sangat logik apabila Pas leverage pada kuasa eksekutif Bersatu untuk ‘buli’ UMNO. Pas tengok saja UMNO dilemahkan oleh pemegang-pemegang kuasa eksekutif dari Bersatu. Tak ada nak back up pun UMNO. Apabila UMNO lemah, lagi senang Pas menang dan control negeri-negeri itu. Tengok di Kelantan dan Terengganu sudah. Ada tak Pas berikan jawatan Exco pada UMNO walaupun kononnya sudah muafakat?

Jangan ingat UMNO suka Pas di sana. UMNO ini kan parti Melayu, takkan UMNO tak mahu bertanding di kerusi-kerusi Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Jangan mimpilah Pas nak bagi kerusi-kerusi itu atas nama ‘muafakat’ pada UMNO. Adakah UMNO akan mengalah dan senang-senang bagi Pas kerusi-kerusi itu? Sedangkan UMNO pula hanya bertanding di kerusi-kerusi campur (marginal) atau bandar yang mempunyai peluang menang hanya 50-50.

Jadi, menjelang saja PRU-15, sangat mustahil Pas, UMNO dan Bersatu tidak berlawan sesama sendiri. Mana ada Melayu bersatu di bawah parti-parti ini?”

Jadi, yang untungnya siapa?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN