SAYA tidak pernah setuju format program televisyen yang diambil daripada La Academia dari Mexico untuk mencari bakat yang terbaik. Format itu mula disalin pada Akademi Fantasia 2003; kemudian merebak pada bidang agama. Mencari sosok yang terbaik mesti dilakukan oleh mereka yang ahli, pakar atau setidak-tidak mempunyai apresiasi yang tinggi terhadap bidang berkenaan. Kualiti yang memilih terpancar kepada siapa yang dipilih. Kalau yang memilih entah siapa-siapa, yang dipilih walaupun popular setinggi…










