
BELANJAWAN 2021 yang tidak pun memperuntuk sebarang dana kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) bukan sahaja amat tidak disenangi kaum Cina secara umumnya, ia yang juga dikecam hebat penggiat pendidikan aliran bahasa Cina khasnya. Sebenarnya ia tidak memeranjatkan langsung berdasarkan perundangan negara, malah itulah hakikatnya selama ini.
Walaupun SMPC telah diberi dana RM12 juta dan RM15 juta secara tahunan dan rasmi pula dalam dua belanjawan terdahulu, ia tidak sepatutnya berlaku langsung. Ini kerana SMPC adalah institusi pendidikan swasta di bawah Akta Pendidikan 1996 yang tidak wajib pun dibantu.
Sehubungan ini, SMPC yang pernah ditawarkan memasuki sistem pendidikan negara sebagai institusi pendidikan kerajaan tetapi menolaknya, adalah institusi pendidikan bukan kerajaan. Dengan ini, ia yang diselia lembaga pengarah, bebas dari segi kawalan kerajaan dalam urus tadbir termasuklah kewangannya. Sebenarnya ia mampu berdikari untuk membuat pilihan sebagai bukan entiti kerajaan.
Sebagai sekolah persendirian, ia mengenakan yuran kepada pelajarnya selain pengendalian dibiayai melalui pelbagai cara. Antaranya sumbangan daripada golongan peniaga Cina dan perniagaan yang diceburi SMPC sendiri. Inilah sifat dan keadaan SMPC yang memilih sendiri untuk menjadi institusi pendidikan swasta.
Dengan ini, SMPC langsung tidak berhak menuntut peruntukan daripada mana-mana kerajaan yang memerintah. Malah peruntukan rasmi selama dua tahun pada 2019 dan 2020 dalam belanjawan negara bukan sahaja amat tidak kena, ia sebenarnya satu penyelewengan, yakni tidak menurut cara yang betul kerana membiayai entiti bukan kerajaan. Sebenarnya ia tidak boleh sama sekali dilakukan oleh kerajaan yang memerintah pada waktu itu.
Bagaimanapun, penyaluran dana kepada SMPC oleh mana-mana kerajaan yang memerintah boleh berbentuk ihsan, yakni pemberian murah hati. Sebaliknya ia tidak boleh bersifat hak seperti yang dituntut kini. Ini kerana SMPC tidak mempunyai sebarang kelayakan begitu, baik dari segi moral mahupun perundangan untuk menuntut apa-apa jua peruntukan.
Tarafnya sebagai institusi pendidikan swasta tidak mewajarkannya untuk menagih, apatah lagi mendesak agar diperuntuk sejumlah wang oleh kerajaan yang memerintah, apatah lagi menggesa diberikan sejumlah wang olehnya.
Malangnya cara berfikir rasional sebegini rata-ratanya tidak ada pada kaum Cina, khususnya kepimpinan badan perniagaan dan kebudayaannya, lebih-lebih lagi parti politik. Yang ada adalah cara menaakul yang bukan sahaja tidak masuk akal, ia juga memperlihat betapa rakusnya kaum Cina.
Kerakusan ini sebenarnya dapat dilihat dalam banyak hal pada sepanjang sejarah penempatan mereka di negara ini. Sehubungan ini, mereka selalu mahu keuntungan pada semua perkara yang diingini, meskipun bertentangan antara satu sama lain.
RAKUS
Hal ini dapat dilihat pada kewujudan SMPC itu sendiri. Sebagai institusi pendidikan swasta yang bebas, yakni tidak pun tertakluk kepada peraturan sistem pendidikan negara, dengan tiada keperluan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum nasional, kaum Cina mahu pula menuntut sijil persekolahan SMPC, iaitu UEC (Sijil Peperiksaan Berpadu) diiktiraf agar setanding dengan sijil persekolahan daripada institusi pendidikan kerajaan.
Sepatutnya setelah diperoleh keuntungan pertama, iaitu kebebasan untuk mengendalikan sistem pendidikan sendiri, kaum Cina tidak lagi mendesak perkara kedua, yakni pengiktirafan sijil UEC itu.
Dengan ini, memadailah satu perkara sahaja diperoleh, dan bukan kedua-duanya seperti yang diingini itu. Inilah kerakusan yang dimaksudkan, iaitu mahu kesemuanya sekali gus!
Desakan terkini kepada kerajaan yang memerintah untuk terus memperuntuk dana bagi SMPC adalah sifat serakah yang sama. Setelah diberi kebenaran untuk wujud sebagai institusi pendidikan swasta dengan keistimewaan luar biasa yang tidak mungkin diperoleh di tempat lain, kaum Cina Malaysia tidak sepatutnya menuntutkan peruntukan wajib lagi seperti yang diagihkan kepada institusi pendidikan kerajaan. Sehubungan ini, mereka tidak boleh memperoleh semua keuntungan pada masa yang sama. Mereka boleh memperoleh satu sahaja.
Sikap rakus ini juga diperlihat selepas kaum Cina yang rata-ratanya tidak pun memilih kerajaan negeri Sabah kini, menuntut agar dilantik wakil Cina di dalamnya. Sepatutnya harus sedar bahawa mereka kalah dalam pemilihan dan menerima hakikat kekalahan itu dengan penuh bermaruah. Namun kerana kerakusan, tanpa rasa malu mereka menuntut keperluan adanya perwakilan Cina.
Sehubungan ini, kerakusan mereka memperlihat mereka ingin keuntungan daripada semua perkara, yakni berada pada satu pihak sebelum kalah dan beralih kepada pihak yang satu lagi selepas kalah.
Sudah tiba masanya kaum Cina sedar untuk insaf akan sikap buruk ini, yang tidak dapat dinafikan telah menyebabkan mereka dilihat sebagai anjing hitam, yakni kelompok jahat dengan segala keburukannya. Selain juga sebagai anjing tiada bercawat ekor, iaitu kelompok hina lagi tidak berguna dengan sikap yang buruk. Dengan adanya sikap rakus untuk selalu mahu untung pada sepanjang masa kerana kepentingan diri, kaum Cina akan terus dipandang sebagai kelompok yang tamak. Sikap begini hendaklah segera berubah untuk tidak terus dipandang hina!
PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong ialah Felo di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Profesor Negara.










