KEWUJUDAN Kluster Padang di daerah Kota Tinggi pada awal bulan ini mencetuskan kebimbangan dalam usaha menangani penularan virus Covid-19 di kawasan luar bandar. Terletak kira-kira 42 kilometer dari Johor Bahru, Kota Tinggi mempunyai 10 bandar utama antaranya Bandar Kota Tinggi, Sedili Besar, Sedili Kecil dan Ulu Sungai Johor. Daerah itu mempunyai lebih 200,000 penduduk merangkumi 26 kampung induk tradisional, 117 kampung rangkaian, 29 kawasan penempatan Felda dan lima kawasan bandar…










