Aspek negatif Belanjawan 2021 - Utusan Malaysia

Aspek negatif Belanjawan 2021

PENGHANTAR makanan (dari kiri), Mohd. Hafize Othman, Mohd. Shahrill Badrillah dan Amirul Adnan mengikuti sesi pembentangan Belanjawan 2021 secara dalam talian di Putrajaya, baru-baru ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT beberapa aspek dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini yang tidak menyenangkan saya.

Pertama, saya dan isteri masing-masing menerima bayaran sekali gus sebanyak RM300 kerana kami ialah pesara kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai lebihan dana begitu besar sehingga boleh memberi ganjaran kepada orang seperti kami yang tidak mengalami masalah kehilangan pendapatan pada ketika ini?

Kedua, pada perenggan 14 dalam ucapan Menteri Kewangan, beliau memberitahu, kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan kembali pulih dan berkembang pada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 hingga 7.5 peratus.

Adalah hebat jika unjuran ini betul tetapi pada hakikatnya, vaksin mencegah Covid-19 masih belum lagi diperoleh, malah akan mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk diberikan kepada penduduk di seluruh dunia. Oleh itu, kemelesetan ekonomi yang diburukkan oleh Covid-19 akan berterusan sepanjang 2021 dan mungkin lebih lama lagi.

Ketiga, hasil cukai kerajaan akan merosot kerana keuntungan perniagaan berkurangan.

Saya berharap ahli-ahli Parlimen yang mempunyai tempoh dua minggu dapat berbahas di Dewan Rakyat bagi membangkitkan isu-isu ini.

DR. JEYAKUMAR DEVARAJ
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya