Wajar Matematik, Sains diajar dalam bahasa Inggeris - Utusan Malaysia

Wajar Matematik, Sains diajar dalam bahasa Inggeris

Mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris membawa banyak kebaikan pada masa depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini wujud pertikaian mengenai subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Kemudian atas pelbagai desakan, kini kedua-dua subjek kembali diajar dalam bahasa Melayu.

Langkah itu menyebabkan pelajar dilihat semakin lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris yang merupakan bahasa utama dunia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyuarakan perkara ini kerana pada ketika kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar dilihat fasih dan mahir bertutur serta menulis dengan baik dalam bahasa itu.

Walaupun pelajar kini mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik, namun masih tidak lancar terutama dari segi susunan tatabahasa.

Justeru, saranan Dr. Mahathir ada benarnya untuk mengembalikan semula pelajar yang mampu bertutur dan menulis dengan baik, sekali gus memberi kelebihan apabila memasuki alam pekerjaan nanti untuk bersaing dengan calon-calon lain.

Mereka juga mudah untuk belajar di peringkat universiti kerana bahasa Inggeris digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

FATAH
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.