fbpx

20 Mei 2022, 2:44 am

  TERKINI

Tambah baik Tanyalah Ustaz

PROGRAM Tanyalah Ustaz amat bermanfaat untuk mereka yang ingin mendalami ilmu agama. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROGRAM Tanyalah Ustaz yang disiarkan dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi di TV9 dan TV3 (6.30 hingga 8 pagi) nampaknya semakin popular dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara jiran.

Program itu membincangkan pelbagai topik berkaitan agama dari segi akidah, fikah, sirah, munakahat, tasawuf, hadis dan tafsir al-Quran. Dalam Facebook, WhatsApp dan Telegram, beribu peminatnya setiap hari memberikan pandangan dan komen serta sokongan. Semakin hari semakin ramai pula menjadi ahli kumpulan perbincangan berkenaan.

Oleh yang demikian, dicadangkan program itu ditambah baik dengan menjemput ulama-ulama tersohor dalam kalangan bukan sahaja tempatan tetapi dari luar negara asalkan mereka berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya Mazhab Shafie.

Ada baiknya kalau ibu bapa menyarankan seluruh keluarga duduk bersama menonton program ini sekurang-kurangnya semasa cuti hujung minggu. Ia amat bermanfaat untuk mereka yang ingin mendalami ilmu agama supaya boleh mengenali Islam secara lebih dekat lagi.

Begitu juga disarankan supaya semua sekolah berasrama penuh (SBP) pada hujung minggu setelah solat subuh berjemaah, pelajar harus digalakkan menonton program berkenaan.

SYED ABDULLAH
SYED OSMAN JAMALULLAIL
Seremban, Negeri Sembilan

POPULAR

KOSMO! TERKINI