Potong barisan sesuka hati - Utusan Malaysia

Potong barisan sesuka hati

Tindakan pengguna jalan raya membuat potongan U mengundang kemalangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESESAKAN lalu lintas pada waktu puncak sememangnya tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi di laluan utama.

Keadaan itu semakin bertambah teruk apabila terdapat segelintir pengguna jalan raya bertindak mementingkan diri apabila memotong barisan ketika ingin melakukan pusingan U di Jalan Besar, Seri Kembangan, Selangor.

Tindakan mereka yang gemar mengambil jalan pintas dengan memotong barisan bukan sahaja menyebabkan pemandu lain berang malah menambahkan lagi kesesakan di laluan tersebut.

Malah tindakan itu lebih berbahaya jika melibatkan kenderaan berat dan penunggang motosikal sekali gus mendedahkan kepada kemalangan jalan raya.

Oleh itu, pengguna jalan raya diminta bersabar dan menunggu giliran semasa membuat pusingan U supaya dapat mengelak perkara tidak diingini.

Jika tertekan dengan keadaan tersebut, mungkin anda boleh keluar dari rumah lebih awal.

FADLI
Seri Kembangan, Selango

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.