Perkukuh perpaduan kaum di SMK - Utusan Malaysia

Perkukuh perpaduan kaum di SMK

SMK memikul tanggungjawab amat berat dalam memupuk perpaduan masyarakat. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 26 Ogos lalu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa pemansuhan sekolah vernakular di negara ini kerana gagal menghasilkan pelajar yang mampu memperlihatkan jati diri nasional yang kental.

Sebenarnya, gesaan Wan Ahmad Fayhsal adalah tepat jika masyarakat sedang menjalani asimilasi, iaitu penyerahan identiti etnik seseorang dan penerapan identiti masyarakat arus perdana tetapi ini bukan kenyataannya.

Realiti sekarang ialah Malaysia sejak penu­buhannya telah memilih integrasi antara pelbagai kaum yang merujuk kepada proses menyesuaikan diri masyarakat dengan menerima peraturannya tetapi tidak melalui penyerahan penuh latar belakang seseorang.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga telah menyatakan pendirian apabila Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menjelaskan, tiada keperluan untuk memansuhkan sekolah vernakular bagi mendorong agenda perpaduan negara.

Perlu ingat, punca kerapuhan perpaduan kebanyakannya berakar di sekolah menengah kebangsaan (SMK) kerana sekolah vernakular hanya wujud di peringkat sekolah rendah.

Lantaran itu, SMK memikul tanggungjawab amat berat dalam memupuk perpaduan masyarakat. Kita harus lebih fokus kepada langkah-langkah mendalamkan integrasi antara kaum di SMK.

Memansuhkan sekolah vernakular Cina pasti bukan jawapannya kerana kira-kira 18 peratus murid di sekolah jenis itu adalah bukan Cina, justeru menjadikannya juga wadah untuk integrasi antara kaum.

JAMARI MOHTAR & LIM JI YI
Penyelidik EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya