Detik ngeri hantui Martin

Detik ngeri hantui Martin

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Pelumba Aprilia, Jorge Martin mengakui detik cemas yang dialaminya ketika kemalangan pada sesi latihan MotoGP Catalunya semalam membuatkan fikirannya melayang kepada mendiang Luis, Salom, yang maut di litar sama 10 tahun lalu.

Juara GP Perancis di Litar Le Mans itu berdepan insiden menakutkan apabila terjatuh di Selekoh 12 pada sesi pagi sebelum meluncur ke arah pagar udara bersama jentera Aprilia miliknya.

Walaupun selekoh tersebut sudah diubah suai selepas tragedi Salom pada acara Moto2 musim 2016, Martin mengakui insiden itu mengembalikan memori hitam yang masih menghantui dunia perlumbaan.

“Saya rasa baik selepas insiden menakutkan pagi tadi (semalam). Saya sangat bernasib baik kerana ia satu kemalangan yang berbahaya dan sejujurnya saya sangat takut.

“Saya memang tidak suka mengatakannya, tetapi ketika terjatuh, saya terus teringatkan Luis Salom,” katanya.

Dalam kejadian 2016, Salom terkorban selepas terbabas sebelum motosikalnya mengekori dari belakang dan merempuh pagar udara di selekoh kedua terakhir litar Barcelona.

Martin menjelaskan dia terselamat daripada kecederaan lebih serius kerana terlanggar bahagian fairing motosikal, bukannya hendal jentera.

“Mujurlah motosikal saya terbalik dan saya terkena fairing, bukan hendal. Keselamatan di kawasan itu perlu dipertingkatkan,” katanya.

Meskipun sempat kembali beraksi pada sesi latihan sebelah petang, nasib Martin terus malang apabila dia sekali lagi terjatuh, kali ini di Selekoh 2.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN