Penguat kuasa perlu jaga imej - Utusan Malaysia

Penguat kuasa perlu jaga imej

Anggota penguat kuasa disaran menyatakan jumlah saman yang dikeluarkan setiap hari bagi mengelak mereka dituduh mengamalkan rasuah. – UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

anggota penguat kuasa tidak kiralah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran menyatakan jumlah saman yang dikeluarkan setiap hari bagi mengelakkan ketirisan sekali gus mendapat kepercayaan orang ramai.

Ini kerana ada segelintir masyarakat mempersoalkan tanggungjawab anggota berpakaian seragam itu selain mengaitkan mereka dengan amalan rasuah.

Sebagai contoh, mengapa masih terdapat orang awam yang meletakkan kereta di bahu jalan berhampiran kedai makan, pasar malam dan restoran mamak? Adakah mereka tidak dikenakan saman?

Disebabkan berlaku kejadian sedemikian menyebabkan orang ramai mendakwa penguat kuasa menerima habuan setiap bulan daripada peniaga-peniaga di sesuatu kawasan.

Oleh itu, imej pasukan ini perlu dikembalikan. Ini kerana tiada data yang menyokong tugas penguat kuasa, maka orang ramai mempunyai prasangka kurang baik terhadap tugas mereka.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya