Pelajar latihan industri terjejas - Utusan Malaysia

Pelajar latihan industri terjejas

PELAJAR tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah lokasi tempat praktikal jauh dari tempat tinggal mereka. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK ramai yang sedar bahawa pelajar latihan industri turut terjejas akibat pandemik Covid-19. Ada dalam kalangan mereka terpaksa diberhentikan daripada meneruskan latihan industri walaupun baru separuh jalan gara-gara majikan terpaksa melakukan rombakan kakitangan bagi menjimatkan wang syarikat.

Situasi sebegini pasti memeningkan kepala mana-mana pelajar kerana perlu mencari tempat latihan baharu dan memulakan semula latihan industri mereka. Bagi sektor kerajaan pula, terdapat beberapa agensi dan kementerian yang tidak mampu untuk membayar elaun pelajar berkenaan.

Justeru, Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa kerajaan membantu pelajar yang dihimpit dengan permasalahan sebegini.

Pertama, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengkaji semula ketetapan bayaran elaun kepada pelajar yang mengikuti latihan amali atau industri di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan. Elaun RM900 sebulan sekarang perlu dikurangkan kepada satu kadar yang dirasakan munasabah.

Kedua, pelajar tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah lokasi tempat praktikal jauh dari lokaliti mereka.

Permasalahan ini sememangnya membebankan pelajar kerana kos sara hidup mereka sama sekali tidak setimpal dengan elaun yang diberi. Mereka mungkin terpaksa menyewa bilik atau rumah, ditambah kos pengangkutan awam serta makan minum yang pastinya membebankan terutama di kawasan bandar.

Ketiga, kerajaan mungkin boleh memikirkan inisiatif dalam memberikan bantuan khas kepada pelajar praktikal yang berkelayakan seperti bantuan sara hidup khas, bantuan kepada pelajar yang terjejas akibat pemberhentian latihan atau insurans khas kepada yang sedang menjalani latihan industri.

HASNUL HANIFF HARUN
Setiausaha Agung MBM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya