Mahu jaminan kerajaan negeri Selangor - Utusan Malaysia

Mahu jaminan kerajaan negeri Selangor

Masalah pencemaran air perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelak aktiviti ekonomi dan kehidupan penduduk di Selangor terjejas. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERHUBUNG isu air tercemar yang kerap berlaku di Selangor, masalah tersebut dilihat semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi sehingga kini masih tiada sebarang keputusan diambil oleh kerajaan negeri.

Penggunaan air bersih bukan sahaja melibatkan penduduk, malah pelabur-pelabur luar, pengusaha perhotelan, restoran dan lain-lain lagi turut terjejas akibat kekerapan terputus bekalan.

Nampaknya kerajaan negeri masih berdiam diri tanpa sebarang tindakan atau pelan pemulihan yang boleh melegakan pengguna.

Justeru, saya ingin mengetahui mengenai jaminan diberikan oleh kerajaan negeri Selangor bahawa bekalan air tidak akan terjejas lagi pada masa akan datang.

OMAR LOLO
Kuala Lumpu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya