Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Utusan Malaysia

Jangan kongsi maklumat tidak pasti

VEVEONAH Mosibin terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menyiapkan tugasan universiti. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) kecewa dengan kenyataan pihak tertentu yang menuduh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menyiapkan tugasan universiti sebagai berbohong.

Tuduhan dia berbohong semata-mata untuk mendapat capaian yang tinggi dalam YouTube adalah satu tuduhan amat berat dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Lebih menghairankan lagi apabila terdapat laporan pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuat siasatan terhadap kesahihan video Veveonah tersebut.

Apakah perlu dihabiskan tenaga dan masa pegawai kementerian serta wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Veveonah dan masyarakat di kampungnya?

Tiada keperluan untuk kementerian menyiasat kesahihan video itu, sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa capaian internet masih rendah khususnya di Sabah dan Sarawak.

Ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Dr. Mistirine Radin dalam kenyataan pada 8 Mei lalu bahawa hampir 52 peratus pelajar di negeri itu tidak mendapat akses internet.

Oleh itu, kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang jelas untuk menyediakan akses internet kepada seluruh pelosok negara secepat mungkin agar hak untuk pendidikan bagi pelajar pedalaman tidak dinafikan.

Akses internet bukan lagi satu kemewa­han, bahkan ia adalah sebahagian hak dalam mendapatkan akses pendidikan yang lebih sempurna. Tidak pasti, jangan kongsi.

MOHD. IZZAT AFIFI ABDUL HAMID
Naib Presiden MBM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.