DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 merupakan agensi kerajaan yang berperanan penting dalam merancang, memperkembang dan memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Sehubungan itu, perancangan bahasa merujuk kepada usaha terancang untuk membawa perubahan dan perkembangan yang diinginkan terhadap sesebuah bahasa, khususnya bahasa negara. Usaha ini merangkumi penggubalan dasar dan perundangan, selain pelaksanaan peraturan serta amalan bahasa bagi memastikan bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan secara…










