Lawan balik - Halim Ahmad nasihatkan jangan biarkan buli siber - Utusan Malaysia

Lawan balik – Halim Ahmad nasihatkan jangan biarkan buli siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid, Halim Ahmad, 40, menasihatkan pengikut media sosialnya agar tidak berlembut ketika berhadapan dengan buli siber.

Kata Abdul Halim Ahmad, mangsa perlu bertindak balas dan melawan semula tindakan buli siber supaya pelaku menghentikan tindakannya tersebut.

Tambahnya, jangan membiarkan pelaku berkata apa sahaja kepada mangsa di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau berdepan buli siber, kita lawan balik.

“Jangan biar dia terus kurang ajar, suka hati nak taip tanpa fikir akibatnya. Kadang kala tak perlu berlembut sangat,” katanya di Thread.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Hai Anak dan Selawat Tafrijiyan itu juga memaklumkan mangsa perlu bertenang kepada pelaku melakukan provokasi atau perkara yang mengumpan kemarahan di media sosial.

Nasihatnya segera abaikan jika menerima provokasi pelaku.

“Di media sosial ini manusia ada masalah kecelaruan identiti.

“Kalau orang ‘ragebait’, kita abaikan sahaja sebab attention seeker memang nakkan perhatian,” ujarnya.

Dalam masa yang saya Halim mendedahkan kewujudan seorang pempengaruh yang selalu memancing kemarahannya di media sosial.

“Ada sorang so called ‘influencer’ yang selalu ragebait cuba nak komen kat thread saya.

“maaflah, saya memang takkan layan attention seeker yang cari gaduh untuk naikkan diri sendiri. Sebab tu saya buat lagu Jangan-Jangan,”- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini