SEBAGAI anak Selangor yang pernah diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dan Ahli Parlimen Sungai Besar, saya melihat perkembangan politik Selangor sesuatu yang menarik. Petua penting dalam pentadbiran ialah seseorang menteri besar tidak wajar dilihat terlalu lama berada di kerusi kuasa. Ia bukan soal Datuk Seri Amirudin Shari tidak bagus sebagai Menteri Besar. Sebaliknya, selepas dua penggal memimpin negeri paling maju di negara ini, masanya juga…










