PETALING JAYA: Kem perseorangan negara memikul tanggungjawab besar apabila wajib menghadiahkan sekurang-kurangnya satu mata untuk membuka laluan ke separuh akhir Piala Thomas yang berlangsung di Horsens, Denmark hari ini. China yang sinonim dengan dominasi dalam acara perseorangan sekali lagi menjadi penghalang utama kepada impian Malaysia untuk mara lebih jauh. Prestasi tidak menentu Leong Jun Hao dan Justin Hoh yang masih mencari rentak menambah kebimbangan, apatah lagi mereka berpotensi berdepan pemain…










