Zii Jia mampu jadi 'senjata' akhir

Zii Jia mampu jadi ‘senjata’ akhir

Lee Zii Jia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Lee Zii Jia menewaskan pemain yang berada dalam kelompok 20 terbaik dunia, kelmarin memberi suntikan semangat yang baharu buat Malaysia untuk melangkah lebih jauh di peringkat kalah mati pada Piala Thomas di Horsens, Denmark.

Bekas bintang No. 2 dunia yang kini menghuni ranking ke-82 dunia itu buat kali pertama berjaya berbuat demikian selepas pulih daripada kecederaan dan Koki Watanabe yang merupakan pemain No. 20 dunia menjadi mangsa kebangkitan Zii Jia menerusi kemenangan 21-13, 21-19 pada perlawanan terakhir Kumpulan B, kelmarin.

Bersama Zii Jia, Malaysia mampu bergelar ‘giant killer’ tetapi dengan satu syarat percaturan barisan jurulatih dalam memilih beregu perlu tepat dan tidak lagi cuba bereksperimen dengan memecah ganding pasangan negara.

ADS:M
Memuatkan artikel berkaitan…

Malaysia memiliki barisan beregu yang boleh dikatakan digeruni lawan pada Piala Thomas dengan kehadiran pasangan No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong- Tee Kai Wun (No. 6 dunia) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani (No. 7 dunia).

Zii Jia yang tidak pernah menewaskan Watanabe sebelum ini berkata, kemenangan ke atas pemain perseorangan Jepun itu memberinya satu semangat baharu untuk berdepan pencabar yang berada dalam kelompok 20 terbaik dunia.

“Saya memang perlukan kemenangan ini untuk diri saya sendiri, terutamanya selepas kembali daripada kecederaan. Saya rasa saya belum mengalahkan mana-mana pemain dalam kelompok 20 terbaik sejak itu.

“Jadi, ini adalah kemenangan pertama menentang pemain 20 terbaik dunia dan saya rasa ia adalah suntikan keyakinan untuk saya,” katanya ketika ditemu bual wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN