MAFIA merupakan antara contoh paling terkenal bagi rangkaian jenayah terancang yang berstruktur dan berhierarki. Mereka beroperasi menyerupai sebuah entiti perniagaan. Kumpulan mafia bergantung kepada sistem pengurusan, perancangan strategik dan kawalan wilayah dalam menjalankan aktiviti haram bagi meraih keuntungan ekonomi. Jenayah mereka merangkumi pemerasan, perjudian, pemberian pinjaman haram dan pengubahan wang haram. Keganasan dan pembunuhan digunakan untuk menegakkan kuasa, menyingkirkan pesaing dan mengekalkan disiplin dalaman. Kegiatan mafia boleh dikesan sejak akhir…










