PETALING JAYA: Skuad bawah 17 tahun (B-17) Vietnam bewaspada dengan kebangkitan skuad B-16 Malaysia dalam aksi final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026, malam ini.
Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan dalam aksi final di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Indonesia selepas melepasi halangan di peringat separuh akhir.
Ketua jurulatih Vietnam, Cristiano Roland melabel skuad B-16 Malaysia sebagai lawan berbeza di pentas final berbanding ketika mereka menewaskan skuad negara 4-0 di peringkat kumpulan.
Roland menganggap skuad muda Malaysia kelihatan berbeza dari segi prestasi dan persembahan di atas padang sejak tewas 4-0 kepada anak buahnya pada 13 April lalu.
Sejak itu kekalahan itu, skuad negara merekodkan tiga kemenangan berturut-turut, termasuk meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Laos di peringkat separuh akhir.
Justeru, Roland mahu anak buahnya menampilkan prestasi terbaik jika mahu bergelar juara buat kali pertama sejak edisi 2017.
“Kami masih ada perlawanan penting yang perlu diharungi. Seluruh pasukan perlu mengekalkan fokus yang tinggi dan membuat persiapan terbaik untuk final.
“Malaysia akan turun dalam aksi final dengan mentaliti dan prestasi. Jadi, kita perlu membuat persiapan terbaik dan kekal bersikap objektif,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.
Skuad muda Vietnam berharap dapat mengulangi kejayaan bergelar juara pada 2017 ketika pasukan itu dibimbing Vu Hong Viet. – UTUSAN










