PERANG di Asia Barat yang masih berlarutan bukan sahaja menjejaskan keadaan ekonomi negara-negara yang terlibat malah turut menggoncang kestabilan ekonomi dunia secara keseluruhannya. Hampir kesemua negara di dunia ini sedang merasa tempiasnya. Gangguan bekalan minyak daripada negara-negara pengeluar di rantau teluk menyebabkan harga petroleum dunia melambung tinggi. Akibatnya, hari ini dunia terpaksa berhadapan krisis tenaga yang serius. Keadaan semakin parah apabila laluan kapal melalui Selat Hormuz ditutup kepada kebanyakan negara.…










