PENULARAN video memaparkan sepanduk mengandungi petikan ayat al-Quran yang didakwa diterjemah secara salah bagi mempromosikan budaya songsang ketika satu perarakan di ibu negara baru-baru ini mencetuskan kegusaran dan kebimbangan masyarakat Islam. Isu tersebut dilihat bukan hanya sekadar kontroversi sosial, bahkan menyentuh kesucian wahyu yang menjadi sumber utama petunjuk kehidupan umat Islam yang perlu dihormati dan dimuliakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menegaskan tindakan mentafsir…










