DALAM bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam di seluruh dunia umumnya sedaya-upaya memperbanyakkan amal ibadah masing-masing dan menjauhkan diri daripada perkara yang mungkar. Kita semua mengharapkan keredaan Allah dan berdoa semoga Allah menerima ibadah yang dilakukan agar mendapat ganjaran pahala sebagai bekalan di akhirat nanti. Memasuki 10 hari terakhir Ramadan, masing-masing pastinya memasang keinginan untuk bertemu lailatul qadar. Ketika ini juga, surau dan masjid semakin meriah dengan pelbagai aktiviti…










