MELBOURNE: Prinsipal pasukan Formula satu (F1) Mercedes, Toto Wolff mengakui pasukannya tidak akan mendominasi musim ini selepas aksi sengit yang dipamerkan oleh Ferrari dalam perlumbaan pembukaan musim di Grand Prix (GP) Australia. Walaupun dua pemandu Mercedes, George Russell dan Kimi Antonelli menguasai sesi kelayakan dengan menduduki petak pertama dan kedua, Ferrari tetap memberi tentangan hebat sebaik perlumbaan bermula. Menurut Wolff, prestasi yang dipamerkan Ferrari jelas menunjukkan pasukan dari Maranello itu…










