Leclerc dakwa Mercedes sorok prestasi

Leclerc dakwa Mercedes sorok prestasi

Pelumba pasukan Ferrari, Charles Leclerc mengambil bahagian dalam ujian kedua pramusim di Litar Antarabangsa Bahrain, Sakhir, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHRAIN: Pelumba Ferrari, Charles Leclerc percaya Mercedes menyembunyikan sebahagian besar prestasi sebenar jentera pasukan itu menjelang musim Formula Satu (F1) 2026 selepas tamat ujian pramusim pertama di Litar Antarabangsa Bahrain, kelmarin.

Menurut Leclerc, pasukan dari Jerman itu belum menampilkan kemampuan sepenuhnya walaupun mencatat masa terpantas pada hari terakhir ujian menerusi gandingan Andrea Kimi Antonelli dan George Russell.

“Saya rasa Red Bull menunjukkan sedikit lebih banyak berbanding Mercedes dan mereka kelihatan sangat mengagumkan. Namun, saya percaya Mercedes menyembunyikan sejumlah besar prestasi mereka. Hanya masa akan menentukan sejauh mana yang mereka sorok,” katanya.

Ujian rasmi selama tiga hari itu sukar untuk dinilai berikutan beberapa pasukan utama seperti McLaren, Ferrari dan Mercedes dilihat saling bersaing di kelompok hadapan, manakala Red Bull Racing juga tidak menunjukkan gambaran sebenar kekuatan mereka.

Dalam perkembangan sama, Ferrari turut mencuri tumpuan apabila muncul pasukan ketiga terpantas kelmarin menerusi juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Meskipun Hamilton berdepan masalah teknikal sehingga jenteranya terhenti kira-kira 10 minit sebelum sesi berakhir, pasukan Scuderia itu mempamerkan tahap kebolehpercayaan yang memberangsangkan sepanjang ujian itu.

Terdapat khabar angin di paddock mengatakan bahawa Ferrari tidak menukar unit kuasa pada jentera Hamilton sejak sesi ‘shakedown’ di Barcelona, sekali gus memberi bayangan terhadap tahap ketahanan enjin mereka.

Namun, Leclerc enggan terlalu yakin dan memilih untuk terus berhati-hati menjelang pembukaan musim. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN