Hamilton kagum jentera Ferrari SF-26

Hamilton kagum jentera Ferrari SF-26

Lewis Hamilton menguji jentera Ferrari SF-26 di litar Fiorano, Modenese, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton percaya Ferrari telah memulakan ujian pra-musim Formula Satu (F1) dengan lebih baik berbanding tahun lalu.

Hamilton menamatkan 85 pusingan dalam kereta baharu Ferrari, SF-26, Khamis lalu, selepas sesi sebelah pagi.

Pusingan sebenar pertamanya bersama Ferrari bagi musim 2026 sebelum ini dijalankan dalam keadaan hujan petang Selasa lalu.

Bagaimanapun, Ferrari dilaporkan menikmati jarak pusingan yang konsisten dan tahap kebolehpercayaan yang baik sepanjang lima hari ujian persendirian di Barcelona.

“Apabila anda hadir untuk ujian, anda sentiasa ingin mendapatkan sebanyak mungkin jarak pusingan. Hari ini (kelmarin), saya menamatkan 85 pusingan, menakjubkan. Ini hasil kerja keras semua pihak di kilang yang memastikan kereta ini boleh dipercayai,” kata Hamilton.

Hamilton turut menambah bahawa permulaan baik ini amat penting memandangkan set peraturan baharu diperkenalkan untuk musim 2026.

“Setakat ini, kami telah mendapat data yang baik. Perkara penting adalah memahami maklumat tersebut dan membuat keputusan jelas tentang ujian seterusnya sebelum kami ke Grand Prix (GP) Bahrain,” katanya.

Rakan sepasukan Hamilton, Charles Leclerc mencatatkan pusingan terpantas 1 minit 16.653 saat menggunakan tayar lembut pada pagi terakhir ujian. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN