Hamilton ikrar bangkit musim 2026

Hamilton ikrar bangkit musim 2026

Lewis Hamilton
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lewis Hamilton berikrar tidak akan mengulangi mentaliti hambar yang menyelubunginya musim lalu apabila menegaskan dia sudah ‘direset dan disegarkan semula’ menjelang kempen Formula Satu (F1) 2026.

Juara dunia tujuh kali itu mengakui pernah terlupa siapa diri dirinya susulan musim pertama yang mengecewakan bersama Ferrari tahun lalu, namun menegaskan, dia tidak akan berganjak dan bersedia memburu gelaran dunia kelapan dalam kariernya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang di kilang atas kerja keras untuk sampai ke tahap ini! Saya benar-benar menghargainya.

“Saya amat menyukai pekerjaan ini dan saya suka bekerja dengan pasukan saya serta berlumba untuk peminat. Saya sangat bertuah dapat melakukan apa yang saya lakukan dan saya teruja untuk musim yang bakal tiba.

“Saya sudah direset dan disegarkan semula. Saya tidak akan ke mana-mana, jadi teruslah bersama saya.

“Untuk seketika, saya terlupa siapa diri saya tetapi terima kasih atas sokongan anda semua, anda tidak akan melihat mentaliti itu lagi.

“Saya tahu apa yang perlu dilakukan. Ini akan menjadi satu musim yang luar biasa. Saya telah memberikan segalanya untuk berada di sini hari ini. Ayuh pasukan!,” katanya.

Musim F1 2026 akan bermula di Grand Prix Australia pada 6 Mac ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN