Bosnia tembok akhir Itali ke Piala Dunia

Bosnia tembok akhir Itali ke Piala Dunia

Pemain tengah Itali, Sandro Tonali meraikan jaringan gol menentang Ireland Utara dalam aksi play-off Piala Dunia di Bergamo, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERGAMO: Jurulatih Itali, Gennaro Gattuso mengakui pasukannya masih berdepan laluan sukar untuk kembali ke pentas Piala Dunia apabila Bosnia Herzegovina menjadi halangan terakhir dalam aksi play-off.

Skuad Azzurri mengesahkan tempat ke perlawanan akhir play-off selepas menewaskan Ireland Utara 2-0 namun bakal berdepan cabaran getir apabila perlu bertandang ke Bosnia.

Kali terakhir Itali beraksi di pentas Piala Dunia adalah pada 2014 sebelum tersingkir di peringkat kumpulan, dan kini berisiko gagal layak buat kali ketiga berturut-turut, sesuatu yang pastinya memberi tekanan besar kepada seluruh kem pasukan.

“Kami sudah melangkah sedikit ke hadapan, tetapi kini kami perlu mendaki ‘gunung Everest’.

“Kami tahu banyak yang dipertaruhkan, saya rasa semua orang berasa gementar hari ini (kelmarin) dan itu sesuatu yang boleh difahami. Saya pun berasa begitu, Gigi Buffon juga, kami semua begitu,” kata Gattuso.

Menurut beliau, perasaan gementar jelas dirasai semua pihak memandangkan kepentingan perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan menentang Ireland Utara, Itali dilihat bergelut dan tidak mempamerkan aksi terbaik walaupun berjaya meraih kemenangan hasil jaringan Sandro Tonali dan Moise Kean. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×