Rumah dijual terlalu murah pada harga hanya €1 di pekan Itali - Utusan Malaysia

Rumah dijual terlalu murah pada harga hanya €1 di pekan Itali

RUMAH-rumah di Naro dijual hanya RM4.70. - Konsortium Perbandaran Bebas Agrigento
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Pihak berkuasa tempatan di pekan bersejarah Naro, wilayah Agrigento, Sicily  kini mengemukakan tawaran jualan rumah pada harga serendah €1 (RM4.70) bagi menarik minat pembeli tempatan mahupun warga asing.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan semula populasi di pekan itali itu selain menyelamatkan bangunan-bangunan lama terbiar di pekan yang kini hanya mempunyai sekitar 6,700 penduduk.

Bagaimanapun, tawaran har­ga hartanah yang lebih murah daripada secawan kopi ini tampil dengan pelbagai syarat dan kos sampingan yang perlu ditanggung oleh pembeli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bakal pembeli perlu menyediakan bayaran tambahan me­rangkumi kos notari, cukai kadaster dan  yuran pendaftaran pautan hak milik.

Selain itu, pembeli dikehendaki meletakkan deposit jaminan bernilai kira-kira €5,000 (RM23,510) yang boleh dituntut semula selepas kerja-kerja pembaikan selesai.

Pihak majlis perbandaran turut menetapkan syarat bahawa kerja-kerja mengubahsuai secara menyeluruh perlu disiapkan dalam tempoh tiga tahun mengikut piawaian kese­lamatan dan kelulusan perancangan tempatan.

Menerusi tawaran ini, pemilik baharu bebas menggunakan hartanah berkenaan sebagai kediaman utama, rumah percutian, rumah tumpangan mahupun ruang perniagaan. Seorang pembeli dari London, George Laing yang pernah membeli tiga unit rumah menerusi program seumpama ini di Mussomeli mendedahkan bahawa rumah €1 pada asasnya hanya sebuah struktur yang memerlukan pengubahsuaian menyeluruh termasuk pendawaian elektrik, perpaipan, pembaikan bumbung, bilik air dan dapur.

Laing menjelaskan bahawa walaupun harga pemilikan hartanah itu hanya €1, kos perundangan dan pentadbiran awal sahaja boleh mencecah sekitar £4,000 (RM21,986) merangkumi yuran agensi, kos notari untuk pemindahan hak milik dan sijil tenaga kenderaan.

Beliau  turut menambah bahawa sebahagian besar harta­nah bernilai €1 berkenaan tidak mempunyai sambungan bekalan air asas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN