PERKEMBANGAN konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel meningkatkan ketidaktentuan geopolitik global secara ketara. Walaupun Malaysia tidak terlibat secara langsung, namun kesan terhadap kos tenaga, rantaian bekalan dan aliran pelaburan memberi implikasi nyata kepada pembangunan Zon Ekonomi Khas (SEZ) negara. Dalam konteks ini, persoalan utama bukan sekadar peluang tetapi sejauh mana sistem undang-undang dan tadbir urus Malaysia cukup kukuh untuk menyerap kejutan global dan menukarkannya…










