UMUM mengetahui Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2030 apabila 15 peratus daripada populasinya berusia melebihi 60 tahun. Di sebalik peningkatan populasi warga emas di Malaysia yang biasanya disertai dengan naratif kesejahteraan warga emas mahupun penuaan aktif, tersembunyi isu serius yang jarang dibicarakan secara terbuka iaitu penganiayaan kewangan (terhadap warga emas). Ia bukan sekadar masalah peribadi atau kekeluargaan tetapi krisis sosial dan moral yang memberi kesan langsung kepada maruah, keselamatan…










