LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya bernasib baik berjaya meraih tiga mata penuh ketika menewaskan Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam. Dalam aksi di City Ground itu, Alexis Mac Allister muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi rembatan jarak jauh dalam masa kecederaan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada The Reds. “Saya nampak lebih konsisten sejak kebelakangan ini, bukan saja persembahan Mac Allister tetapi juga pasukan dan…










