MANCHESTER: Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Newcastle United 2-1 di Stadium Etihad, semalam. Wira kemenangan sudah tentu Nico O’Reilly yang meledak dua gol pada separuh masa pertama untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad kendalian Pep Guardiola. Guardiola memuji impak pemain muda itu serta ketenangan barisan pemainnya dalam mengharungi tekanan perebutan gelaran. “Nico beri kami kekuatan fizikal di tengah…










