Rodri didakwa kritik pengadil

Rodri didakwa kritik pengadil

Rodri didakwa mengkritik pengadil agar bersikap neutral susulan pertembungan kontroversi pasukannya dengan Tottenham. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Rodri didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas menyatakan bahawa pengadil perlu bersikap neutral susulan pertembungan kontroversi pasukannya dengan Tottenham.

Rodri berang dengan keputusan pengadil Robert Jones yang membenarkan jaringan Dominic Solanke dalam keputusan seri 2-2 di Tottenham dalam saingan Liga Perdana pada 1 Februari lalu.

Beliau merasakan gol Solanke sepatutnya dibatalkan kerana penyerang Tottenham itu menendang bahagian belakang kaki pertahanan City, Marc Guehi, ketika menjaringkan gol.

“Saya tahu kami menang terlalu banyak dan orang ramai tidak mahu kami menang, tetapi pengadil perlu bersikap neutral.

“Ia tidak adil kerana kami bekerja keras. Apabila semuanya selesai, anda berasa kecewa,” kata Rodri kepada sebuah penyiar Australia selepas Tottenham bangkit daripada ketinggalan dua gol.

FA mengumumkan pemain berusia 29 tahun itu telah didakwa atas salah laku berhubung kenyataannya.

Rodri diberi tempoh sehingga 18 Februari untuk memberi maklum balas terhadap pertuduhan tersebut, dengan kemungkinan digantung jika didapati bersalah. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN