PETALING JAYA: Atlet sepak takraw negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, diangkat sebagai tekong terbaik dunia susulan pencapaian bersejarahnya membantu Malaysia meraih pingat emas dalam acara regu berpasukan dan regu pada kejohanan sukan SEA 2025. Berdasarkan sijil pengiktirafan ISTAF yang dikongsikan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di platform rasmi mereka, tekong kelahiran Pulau Pinang itu menjadi tekong paling berjaya dengan beberapa gelaran di peringkat rantau dan dunia. “Tahniah Muhammad Syahir Mohd Rosdi…










