LONDON: Pemecatan Ruben Amorim kelmarin menyaksikan Manchester United kini memasuki bab pencarian pengurus tetap ketujuh sejak Sir Alex Ferguson menutup tirai kegemilangannya pada 2013, satu hakikat yang terus membelenggu kestabilan kelab gergasi itu. Buat sementara waktu, Darren Fletcher diberi amanah sebagai pengurus interim, namun pelantikan jurulatih bawah 18 tahun itu dilihat sekadar solusi jangka pendek ketika pihak pengurusan mula menilai calon paling sesuai untuk memimpin kebangkitan baharu Red Devils. Antara…










