MANCHESTER: Manchester United tidak bercadang melakukan rombakan pemain dalam jendela perpindahan Januari ini meskipun masih bersaing sengit untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. Pengendalinya, Ruben Amorim berkata, kelab berpegang kepada perancangan sedia ada dan tidak terlibat dalam perbincangan untuk menambah atau melepaskan pemain ketika ini. “Kami tidak mempunyai sebarang perbincangan mengenai perubahan skuad. Ada satu proses dan idea yang akan diteruskan. “Kami hampir layak ke Liga Juara-Juara, tetapi…










