Istora Senayan tidak kebal

Istora Senayan tidak kebal

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya menjuarai acara beregu campuran Kejohanan Indonesia Masters di Jakarta, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wakil negara beraksi cemerlang selepas me­nyapu tiga gelaran pada perlawanan akhir beregu wanita, lelaki dan campuran Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, semalam.

Kejayaan tersebut diukir menerusi beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah dan gandingan campuran No. 4 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Untuk final beregu wanita, Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan pertama tidak perlu masuk ke gelanggang untuk muncul sebagai pemenang selepas beregu pecah ganding, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi dari Jepun menarik diri.

Thinaah berkata, ini bukan kemenangan yang mereka mahukan tanpa memerah keringat di dalam gelanggang.

Pearly Tan dan M Thinaah bersama pingat dimenangi mereka selepas menjuarai acara beregu wanita di Indonesia Masters, semalam. – AFP

“Tetapi, salah seorang seorang wakil Jepun tidak sihat dan saya doakan dia segera sembuh,” kata anak kelahiran Klang, Selangor itu sewaktu ditemu bual di Istora Senayan.

Pearly pula menjelaskan, sepanjang Indonesia Masters, dia dan Thinaah dapat berasakan sokongan yang diberikan peminat dan amat menghargainya.

Kejayaan tersebut juga me­rupakan kemenangan sulung Pearly-Thinaah di Indonesia Masters, selepas mereka muncul naib juara pada edisi tahun lalu.

Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum beroleh kemenangan ke atas pasangan No. 10 dunia dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-17, 21-11 dalam masa 57 minit.

Sebagai juara, Pearly-Thinaah dan Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$39,500 (RM157,215), pingat emas dan trofi kejohanan.

Ee Wei ketika ditemu bual berterima kasih kepada penyokong Malaysia dan Indonesia yang memberikan sokongan dan berharap dapat berjumpa lagi pada kejohanan Super 1,000.

Sementara itu, Tang Jie pula memuji sikap terbuka peminat tempatan yang sudi memberikan sorakan kepada dia dan Ee Wei.

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd. Rumsani bersama hadiah kemenangan juara beregu lelaki di Indonesia Masters, semalam. – AFP

Dalam satu lagi aksi, beregu lelaki No. 9 dunia, Sze Fei-Izzuddin turut membenam pasangan muda tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19, 21 13 dalam masa 37 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×