MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meluahkan kekecewaan terhadap keputusan pengadil yang disifatkannya tidak konsisten, namun menegaskan kejayaan pasukannya tetap hadir walaupun sering berdepan situasi sedemikian. Luahan beremosi itu dizahirkan Guardiola selepas City mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin yang menyaksikan pasukannya dinafikan sepakan penalti pada separuh masa pertama. Dalam perlawanan berkenaan, pengadil perlawanan, Farai Hallam, yang membuat penampilan sulungnya dalam EPL, mengekalkan…










