LONDON: Manchester City mengumumkan ketibaan pemain pertahanan England, Marc Guehi dari Crystal Palace dengan kontrak selama lima setengah tahun. Berdasarkan laporan, kapten Palace itu dibeli dengan nilai sekitar 20 juta pound (RM108 juta) untuk memperkuatkan jentera pertahanan skuad kendalian Pep Guardiola. Guehi menerima gaji kedua tertinggi di City iaitu 300,000 pound (RM1.6 juta) seminggu, di belakang Erling Haaland yang menerima 525,000 pound (RM2.85 juta) seminggu. Gaji Guehi menyamai gaji Bernardo…










