MANCHESTER: Ruben Amorim menerima bayaran pampasan RM54.9 juta semalam selepas dipecat sebagai ketua jurulatih Manchester United, hanya 14 bulan mengendalikan The Red Devils di Old Trafford. Amorim sebelum itu dipanggil ke pusat latihan kelab di Carrington dan beliau terus dipecat oleh ketua pegawai eksekutif Omar Berrada serta pengarah bola sepak Jason Wilcox selepas berlaku perselisihan dengan hierarki pengurusan United sepanjang minggu lalu. Pada masa yang sama, jurulatih bawah 18 tahun,…










