PETALING JAYA: Faktor undian yang mempertemukan majoriti petinju negara dengan wakil tuan rumah Thailand antara punca utama kegagalan kem tinju negara sekadar membawa pulang dua pingat gangsa pada Sukan SEA 2025 baru-baru ini. Pengurus pasukan, Paunandes Paulus berkata, daripada enam petinju yang diturunkan, sebahagian besar terpaksa berdepan cabaran sukar apabila diundi menentang petinju Thailand yang jelas memiliki kelebihan dari segi sokongan penonton serta faktor pengadilan. “Secara keseluruhan, prestasi petinju negara…










