Saliba yakin Arsenal mampu sapu trofi

Saliba yakin Arsenal mampu sapu trofi

William Saliba (tengah) meledak gol pertama Arsenal ketika menewaskan Chelsea- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain pertahanan Arsenal, William Saliba melaungkan keyakinan tinggi bahawa Arsenal mampu mencipta musim luar biasa dengan menyapu bersih empat trofi, sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan besar kelab London Utara itu.

Tonggak pertahanan Perancis berusia 23 tahun itu menegaskan, skuad The Gunners kini lebih matang dan bersedia menterjemahkan prestasi konsisten kepada kejayaan sebenar, selepas beberapa musim sekadar ‘hampir-hampir’.

Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan fasa liga Liga Juara-Juara (UCL), selain sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Liga selepas menyingkirkan Crystal Palace menerusi penentuan penalti di Stadium Emirates.

Tekanan jelas mengiringi pengendali, Mikel Arteta, yang hanya memiliki satu trofi utama sejak mengambil alih pasukan enam tahun lalu iaitu Piala FA 2020, namun Saliba percaya masa untuk Arsenal mengutip hasil sudah tiba.

“Kami tahu kemampuan pasukan ini. Dalam setiap kejohanan yang kami sertai, kami percaya boleh menang.

“Tetapi sekarang bukan lagi soal hampir, kami perlu buktikan di atas padang dan mula mengangkat trofi,” kata Saliba.

Menurutnya, kegagalan Arsenal menamatkan musim sebagai juara EPL dalam tiga musim berturut-turut serta tersingkir di separuh akhir UCL dan Piala Liga musim lalu menjadi pengajaran berharga buat pasukan.

“Di penghujung karier, orang tidak ingat kedudukan liga, mereka ingat trofi. Kami di separuh akhir Piala Liga, hanya tinggal tiga perlawanan lagi. Itu sasaran terdekat kami,” ujarnya.

Arsenal bakal mengharungi jadual padat Januari dengan sembilan perlawanan, termasuk aksi separuh akhir Piala Liga menentang Chelsea, yang disifatkan Saliba sebagai pertembungan besar dan penentu momentum musim.

Sementara itu, The Gunners berpeluang kembali merampas kedudukan teratas EPL apabila melayan Brighton di Emirates, dengan kedudukan liga kekal sengit dan perbezaan mata yang tipis. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN