PEMERGIAN Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam meninggalkan ruang besar dalam landskap politik Sabah. Beliau bukan sekadar seorang ahli politik veteran tetapi watak penting dalam membentuk perjalanan politik, pembangunan dan kestabilan Negeri Di Bawah Bayu selama lebih dua dekad. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun difahamkan akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru. Khabar ini mengejutkan ramai pihak, terutama keluarga besar UMNO, Barisan Nasional (BN)…










