Gyokeres patut ketuai serangan Arsenal

Gyokeres patut ketuai serangan Arsenal

Viktor Gyokeres
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Arsenal, David Seaman menggesa Mikel Arteta membuat keputusan lebih berani dengan menurunkan Viktor Gyokeres mengetuai jentera serangan menjelang pertemuan menentang Brentford awal pagi esok.

Arsenal sebelum ini seri 1-1 ketika berkunjung ke Stamford Bridge, namun masih mengekalkan kelebihan enam mata ke atas pesaing terdekat dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu hadir selepas kemenangan penting ke atas Tottenham serta aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich.

Arteta mengakui keputusan seri tersebut sedikit mengecewakan memandangkan The Gunners berpeluang melebarkan jurang di puncak liga, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Dengan Gyokeres dan Gabriel Jesus kembali cergas, Arsenal kini mempunyai pelbagai pilihan di posisi serangan sementara menantikan Kai Havertz mencapai tahap kecergasan optimum.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Mikel Merino tampil sebagai pengganti efektif di posisi penyerang, termasuk musim lalu dan sekali lagi menjadi penyelamat apabila menyumbang gol penyamaan lewat permainan.

Namun bagi Seaman, sudah tiba masanya Gyokeres diberi kepercayaan untuk memulakan perlawanan sebagai penyerang utama.

“Dia (Merino) menjalankan tugas dengan baik, tetapi dia lebih kepada false nine, sering turun ke bawah membantu permainan.

“Gyokeres pula penyerang sejati, mampu menahan bola dan memberi ruang untuk pasukan bergerak keluar,” katanya.

Pandangan itu turut disokong oleh pemerhati bola sepak, Jamie Carragher, yang merasakan Havertz dan Merino sebenarnya lebih selari dengan pendekatan taktikal Arteta sepanjang enam tahun mengemudi Arsenal.

“Saya selalu fikir jika Havertz cergas, dialah penyerang tengah dalam pasukan ini mungkin bukan Gyokeres.

“Gyokeres masuk hari ini dan mungkin kecewa kerana gagal menjaringkan gol kemenangan. Jadi menarik untuk melihat berapa lama Arteta mengambil masa sebelum menurunkannya secara konsisten, atau terus bergantung kepada Merino yang tampil cemerlang ketika Gyokeres tiada,” kata Carragher. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN