MANCHESTER: Kecederaan otot paha dialami kapten Manchester United, Bruno Fernandes berkemungkinan menyebabkan dia terlepas perlawanan derbi menentang Manchester City bulan depan. Kecederaan dialami Fernandes diketahui ketika pasukannya tewas 2-1 di tangan Aston Villa, Ahad lalu selepas dia mengadu sakit di penghujung babak pertama. Pengendali United, Ruben Amorim mengesahkan pemain itu mengalami kecederaan tisu lembut, dipercayai pada otot paha. Pemain berusia 31 tahun itu difahamkan tidak dapat diturunkan bagi perlawanan Boxing…










