PETALING JAYA: Biarpun paling berusia dalam kejohanan Grand Prix (GP) New Zealand di Cambridge, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas dalam acara keirin individu lelaki, kelmarin. Azizulhasni menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Geun Woo, serta tuan rumah, Russell Jaxson, dalam aksi sengit yang mempamerkan gabungan pengalaman dan stamina. Sebelum itu, beliau yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman lebih awal menjuarai…










